top of page

Nasi Kerabu!

  • Writer: Umi Azah
    Umi Azah
  • Mar 1, 2018
  • 1 min read

Siapa peminat nasi kerabu? Kita geng! Ni dia resepi nasi kerabu , lepas ni kalau teringin boleh buat sendiri. Memang agak leceh, sebab banyak yang perlu disediakan,kuahnya,kerabunya, serunding. Tapi puas hatišŸ˜


Bunga telang yang menjadikan nasi warna biru!

7-8 kuntum bunga telang 2 cwn beras 2 titik serai 3-4 helai daun limau purut

*Campur semua bahan dan tanak/masak nasi seperti biasa hingga masak.. *Kisar bunga telang sampai halus dan tapis masukkan dalam air beras tadi.

Serunding kelapa

1/2 bj kelapa parut *2ekor ikan sardin@kembung@selayang *1bj bwg besar *4btg serai

-Blend kering semua bahan bertanda* dan kisar separuh halus je. -dalam kuali lain gorengkan bahan kisar hingga kering sedikit. -tambah garam secukup rasa ..siap!


Gulai lemaknya

*1 bj bwg besar *2 ulas bwg putih *1 inch halia *6 biji cili kering 1 kotak kecil santan KARA 3-4 asam keping

-Blend semua bahan bertanda * dan tumis dgn sedikit minyak hingga garing sdikit, masukkan santan, air, asam keping, garam dan gula secukupnya..siapp

Budu masak

1/2 botol budu cap ketereh 2 asam keping 2sd bsr gula 1/2 cwn air

*Masakkan semua bahan hingga mendidih...siapp.


Kerabu.


-kobis

-bunga kantan

-kacang panjang


*sayur-sayur ni terpulang,hiriskan semuanya ya


Lauk.


-kalau rajin boleh la buat daging salai bakar, tapi harini nak makan ayam rasanya, jadi kita goreng ayam.

Jangan lupa telur masin dan keropok ikan!

Untuk sambal, umi buat sambal tomato biasa saje.

-tomato

-cili sebanyak yang anda mahu

-limau

-garam dan gulas secukup rasa

-bawang

*blend kesemunya dan siap!



Jadi, inilah hasilnya!


ree


Comments


© 2023 by APPETIZING ADVENTURES. Proudly created with Wix.com

bottom of page