top of page
  • Writer: Umi Azah
    Umi Azah
  • Mar 1, 2018
  • 1 min read

Siapa peminat nasi kerabu? Kita geng! Ni dia resepi nasi kerabu , lepas ni kalau teringin boleh buat sendiri. Memang agak leceh, sebab banyak yang perlu disediakan,kuahnya,kerabunya, serunding. Tapi puas hati😍


Bunga telang yang menjadikan nasi warna biru!

7-8 kuntum bunga telang 2 cwn beras 2 titik serai 3-4 helai daun limau purut

*Campur semua bahan dan tanak/masak nasi seperti biasa hingga masak.. *Kisar bunga telang sampai halus dan tapis masukkan dalam air beras tadi.

Serunding kelapa

1/2 bj kelapa parut *2ekor ikan sardin@kembung@selayang *1bj bwg besar *4btg serai

-Blend kering semua bahan bertanda* dan kisar separuh halus je. -dalam kuali lain gorengkan bahan kisar hingga kering sedikit. -tambah garam secukup rasa ..siap!


Gulai lemaknya

*1 bj bwg besar *2 ulas bwg putih *1 inch halia *6 biji cili kering 1 kotak kecil santan KARA 3-4 asam keping

-Blend semua bahan bertanda * dan tumis dgn sedikit minyak hingga garing sdikit, masukkan santan, air, asam keping, garam dan gula secukupnya..siapp

Budu masak

1/2 botol budu cap ketereh 2 asam keping 2sd bsr gula 1/2 cwn air

*Masakkan semua bahan hingga mendidih...siapp.


Kerabu.


-kobis

-bunga kantan

-kacang panjang


*sayur-sayur ni terpulang,hiriskan semuanya ya


Lauk.


-kalau rajin boleh la buat daging salai bakar, tapi harini nak makan ayam rasanya, jadi kita goreng ayam.

Jangan lupa telur masin dan keropok ikan!

Untuk sambal, umi buat sambal tomato biasa saje.

-tomato

-cili sebanyak yang anda mahu

-limau

-garam dan gulas secukup rasa

-bawang

*blend kesemunya dan siap!



Jadi, inilah hasilnya!




 
 
 
  • Writer: Umi Azah
    Umi Azah
  • Mar 1, 2018
  • 1 min read

Tekak teringin nak makan kerabu. Tapi nak kerabu yang lain daripada yang lain sikit. Jadi, terjumpalah idea kerabu sotong bakar ala thai gitu! Jom try


Bahan salad sampingan

-1bj tomato dadu -2bj cili padi, suka pedas blh tambah lagi -1bj cili merah dadu -1bj bawang merah hiris nipis -3bj jus limau nipis -sos ikan secukupnya -garam + gula secukup rasa -sedikid daun ketumbar


Sotong bakar


-3-5 ekor sotong -Garam + serbuk kunyit secukup rasa

*Gaul sebati dengan sotong dan grill kan hingga sedikit garing.





 
 
 
  • Writer: Umi Azah
    Umi Azah
  • Feb 27, 2018
  • 1 min read

Baru-baru ni nutella pot viral dalam FB. Jadi umi pon nak try jugak hehe. Sedap, budak-budak memang suka la makanan macam ni. Mak budak pon suka!


Bahan-bahan


380 tpg gandum 1sd kcl soda bikarbonat 1/2 sd kcl baking powder 50g badam kisar

*Ayak bahan-bahan ni


250g marjerin 180g gula icing 1bj telur B Esen vanilla


Caranya

*Pukul marjerin dgn gula hingga kembang. *Masukkan telur dan mix lagi hingga sebati *Masukkan tepung yg diayak td Dan kaup balikkan hingga aebati. *Perap doh 10mnt dlm peti sejuk. *Boleh ikut seperti dlm gambar utk bentukkn doh. *Bakar suhu 170°c 15-20 minit *Keluarkn dari oven dan buat lubang ditengahnya. *Bakar semula 5minit atau sehingga garing


Tengok video ni untuk faham dengan jelas:


























Selamat mencuba!

 
 
 

© 2023 by APPETIZING ADVENTURES. Proudly created with Wix.com

bottom of page