top of page

Brownie kedut Citarasakita!

  • Writer: Umi Azah
    Umi Azah
  • Feb 14, 2018
  • 1 min read


Assalamualaikum dan selamat pagi semua....

Pada yang minta resepi brownie tempoh hari, mari saya kongsi di sini..saya juga kongsi orang punya.Jadi,sama-samalah kita manfaatkan ya.Cuma gula tu je yang kita ubah ke 80gm resipi asal 100gm...Tak apa kurangkan manis dalam makanan lebihkan manis dlm senyuman!


Bahan-bahan.

400 gm coklat masakan 150 gm butter 80 gm gula perang 80 gm gula 4 biji telur 1 sudu kecil esen vanilla 100 gm tepung kek 30 gm serbuk koko


Cara-cara.


1) Campurkan coklat masakan dan butter bersama. Kemudian masukkan ke dalam microwave selama 5 minit. Selepas 5 minit, keluarkan dan gaul sebati.


2) Kacau telur dan gula dalam bekas yang berasingan sehingga sebati. Tidak perlu sehingga kembang. Kacau hingga sebati sudah memadai. Selepas sebati, masukkan tepung.


3) Campurkan coklat dan butter yang telah dicaikan tadi ke dalam. Gaul hingga sebati.


4) Masukkan ke dalam loyang yang telah di sapu butter dan tepung supaya tidak melekat. Kemudian masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan dalam 180 celsius selama 1 jam.


Selamat mencuba!

ree



ree



Comments


© 2023 by APPETIZING ADVENTURES. Proudly created with Wix.com

bottom of page